MBK 7.0 LEMBAH KLANG – Bukit Changgang

Bukit Changgang
4 Januari 2022
Pasukan Misi Bantuan Kasih bergerak bersama Sinar Harian dan Allianz menyantuni masyarakat orang asli di Bukit Changgang. Mengisi borang bantuan banjir, klinik bergerak, sumbangan barangan persekolahan/pakaian/selimut serta sumbangan kotak/beras antara aktiviti telah dijalankan di sini. Kerja-kerja mengecat dan gotong royong juga telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom.