MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM SAHMURA ZAMRUD
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah menghadiri Majlis Makan Malam Sahmura Zamrud sempena ulang tahun ke-55 Fakulti Sains dan Teknologi (FST) yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre.
Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi LPU UKM. Turut hadir, alumni tersohor UKM YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai (Alumni 1986) dan YBhg. Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Alumni 1989).
Pelancaran Tabung Alumni FST turut diadakan bagi menyokong pembangunan prasarana, pengupayaan modal insan dan kecemerlangan akademik FST.
