MENYANTUNI YBHG. DATU ADJ. PROF. IR. TS. GS. BR. PMR. DR. CASSIDY ANAK MORRIS

MENYANTUNI YBHG. DATU ADJ. PROF. IR. TS. GS. BR. PMR. DR. CASSIDY ANAK MORRIS

24 Jun 2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM menyantuni YBhg. Datu Adj. Prof. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Anak Morris, alumni Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM, kelas tahun 1998, yang kini cemerlang menabur bakti dan memikul tanggungjawab besar sebagai Pengarah Kerja Raya Sarawak.
Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM. Turut serta dalam siri pertemuan bermakna ini ialah YBhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM dan Puan Farah Farzana Rasol, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Pertemuan Jejak Alumni ini diadakan bersempena dengan Lawatan Rasmi delegasi JKR Sarawak ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) UKM. Selain menyambut kepulangan alumni ke alma mater, program ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik dan erat silaturahim antara universiti dengan tokoh alumni hebat di lapangan industri. Ia turut menjadi platform perbincangan potensi jalinan kerjasama yang mampu memberi impak kepada pembangunan universiti dan pelajar, di samping berkongsi inisiatif terkini bagi memperkasa penglibatan alumni secara menyeluruh.