MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS ALUMNI UKM (MAU) BIL. 1/2026
Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) telah menjadi hos Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Alumni UKM (MAU) Bil. 1/2026 serta Bengkel Pemurnian Terma Rujukan MAU pada 8 Mac 2026 di Kompleks Alumni UKM.
Mesyuarat berkala ini membincangkan perkembangan semasa serta perancangan aktiviti MAU, manakala bengkel yang diadakan memfokuskan kepada pemurnian Terma Rujukan MAU sebelum diangkat kepada pihak Pengurusan Universiti untuk kelulusan.
Mesyuarat dan bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dr. Mohamad Abd. Razak dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.
ALUMNI-UKM dan MAU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TNCHEPA dan semua ahli yang hadir atas komitmen dan perbincangan yang konstruktif. Program diakhiri dengan jamuan berbuka puasa bersama.

