MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UKM
Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bil. 1/2025 telah berlangsung pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Kompleks Alumni UKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Presiden Majlis Alumni UKM (MAU), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak.
Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa agenda penting termasuk mengemaskini Terma Rujukan Majlis Alumni UKM, Pembentangan Pelaporan Pusat Perhubungan Alumni dan hal-hal berbangkit.
Diharapkan mesyuarat ini dapat memperkasakan lagi jaringan kerjasama alumni melalui Majllis Alumni UKM dalam menyokong kecemerlangan UKM sebagai Universiti Watan Kita.
