MESYUARAT PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI BERSAMA PENYELARAS ALUMNI FAKULTI, INSTITUT DAN KOLEJ

Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan Mesyuarat Pusat Perhubungan Alumni Bersama Penyelaras Alumni Fakulti, Institut dan Kolej bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Alumni UKM. Pertemuan yang dipengerusi oleh Pengarah ALUMNI-UKM, Dr. Roslan Jaafar ini menjadi medan perkongsian hala tuju strategik, penilaian pencapaian aktiviti dan penjanaan tahun 2025, serta perancangan inisiatif yang lebih segar bagi tahun 2026 bersama barisan Penyelaras Alumni.

Sesi perbincangan ini turut meneliti pelbagai cabaran dan cadangan penambahbaikan di peringkat PTJ, di samping merangka program bersama seperti Syarahan Alumni, kemeriahan Alumni Balik Kampus serta penyelarasan jemputan alumni sempena Konvokesyen UKM. Diharapkan sinergi erat ini dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memperkasa peranan ekosistem alumni dalam mendukung aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.