MESYUARAT PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM BERSAMA SETIA ALAMSARI SDN BHD

12.10.2023 (Khamis)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan mesyuarat kali kedua bersama syarikat Setia Alamsari Sdn. Bhd. bagi membincangkan beberapa perkara antaranya potensi kerjasama yang bakal dibangunkan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), dan YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan).