MISI BANTUAN KASIH 9.0 BANTING, SELANGOR

Pusat Perhubungan Alumni bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (PMFSSK) menyantuni anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting. Program ini bermula pada jam 9 pagi dengan pelbagai aktiviti antaranya permainan dan perkongsian. Agihan sumbangan dan duit raya beserta hadiah pula diadakan pada waktu petang. Selain itu, majlis berbuka puasa dan bertarawih juga diadakan bersama mereka.