PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UKM DAN WAKIL CHAPTER ALUMNI ANTARABANGSA (IAC) INDONESIA.

Satu perbincangan telah diadakan oleh Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama wakil Chapter Alumni Antarabangsa Indonesia, Dr Ismail Suardi Wekke yang merupakan Ketua STIA Abdul Haris Makassar, Indonesia. Beliau juga merupakan alumni Fakulti Pendidikan UKM.
Dalam sesi perbincangan tersebut, beberapa program telah dicadangkan termasuk simposium Antarabangsa Alumni UKM, diskusi bersama Chapter Alumni Antarabangsa Indonesia dan penubuhan tabung wakaf.