Prof Wahid dilantik naib canselor baharu UTHM

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan juga Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Wahid Razzaly telah dilantik sebagai Naib Canselorbaharu UTHMbagi tempoh tigatahun berkuat kuasa 3 Mac 2017 hingga 2 Mac 2020. Pelantikan telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datulc Seri Idris Jusoh setelah mendapat perkenan Canselor Universiti, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan pelantikan berkenaan juga selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti. Bahagian Perhubungan Awam UTHM, menyatakan, Jawatan sebelum ini disandang oleh Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 15 Oktober 2016 yang lalu. Profesor Dr Wahid, 58, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan Pusat Pembangunakademik dan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional. Selepas penamatan tugas Naib Canselor dahulu, beliau diberikan kepercayaan Lembaga Pengarah Universiti jalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTHM, bermula 16 Oktober 2016. Setelah tamat ijazah pertama bidang Kejuruteraan Awam di University of Swansea, United Kingdom (UK), beliau lanjutkan pengajian dalam Ikhtisas Pendidikan Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program Sarjana Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan sebelum meneruskan pengajian di peringkat kedolctoran dalam Pendidikan Kejuruteraan Jarak jauh di The University of Manchester, UK katanya.