PROGRAM ALUMNI PRIHATIN: DARIPADA ALUMNI KEPADA SEMUA

Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Persatuan Nadi Alumni UKM, Yayasan Al Manjie dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM telah berjaya melaksanakan Program Alumni Prihatin: Daripada Alumni Kepada Semua pada 25 Januari 2026 bertempat di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Program ini dipimpin oleh YBrs. Ir. Dr. Norinah Abd. Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM, serta diketuai oleh Saudara Nik Muhammad Alif Bin Azamam @ Nik Azman, Ketua Program Alumni Prihatin: Daripada Alumni Kepada Semua.
Pelaksanaan program ini merangkumi pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti UKM, penyerahan sumbangan bakul makanan serta penyampaian sijil penghargaan sebagai manifestasi keprihatinan dan solidariti warga alumni terhadap golongan yang memerlukan. Usaha murni ini turut disokong oleh para sukarelawan yang komited dalam memastikan kelancaran program sepanjang berlangsungnya aktiviti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama, sumbangan dan dedikasi yang diberikan. Semoga inisiatif ini terus menyemai nilai kemanusiaan, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga UKM.