Program Berkhatan Anjuran Persatuan Alumni Matrikulasi Sekolah Alam Shah 88

Pada 25 November 2017 telah berlangsung satu Program Berkhatan yang dianjurkan dan ditaja oleh Persatuan Alumni Matrikulasi Sekolah Alam Shah 88. Seramai 40 anak-anak asnaf dalam Parlimen Masjid Tanah menerima tajaan berkhatan di Klinik Kesihatan Daerah Masjid Tanah. Program ini dijayakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Pejabat Kesihatan Negeri Melaka, Hospital Besar Melaka dan Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah.

Antara sukarelawan yang membantu program ini ialah Unit Pembangunan Sumber Manusia UKM dan Sukarelawan Zakat UiTM Kampus Bandar Melaka. Program ini lebih istimewa dengan kehadiran Alumni Hebat UKM iaitu YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Fakulti Undang – Undang 2000), ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan sebagai perasmi program tersebut.

Turut memberi sumbangan tenaga kerja dan khidmat masyarakat secara percuma ialah doktor professional, ahli-ahli SAMA88 dan pegawai perubatan dari Hospital Melaka dan Pusat Kesihatan Daerah Masjid Tanah.