PROGRAM STEM EXPLORER: CELIK SOLAR BAGI MURID ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

PROGRAM STEM EXPLORER: CELIK SOLAR BAGI MURID ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

12 Ogos 2026

Pusat Perhubungan Alumni UKM dengan kerjasama Pelajar Antarabangsa UKM-GSB dan Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM telah menganjurkan Program STEM Explorer: Celik Solar bagi Murid Orang Asli Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Senibai, Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan 95 orang murid daripada lima buah sekolah, iaitu SK Senibai, SK Tekir, SK Putra, SK Sungai Sampo dan SK Dangi. Program ini merupakan inisiatif pemindahan ilmu dan khidmat masyarakat yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid mengenai tenaga boleh baharu, khususnya teknologi tenaga solar, melalui pembelajaran interaktif serta pendedahan kepada kepentingan kelestarian alam sekitar dan aplikasi tenaga solar dalam kehidupan seharian.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), UKM. Turut hadir Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM, Encik Rizman Dain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibai, Ir. Dr. Norinah Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti & Jaringan), Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Prof. Madya Dr. Suhaila Sepeai, Penyelaras Alumni, Institut Penyelidikan Tenaga Suria UKM.