SESI ALUMNI UKM & IKON HEBAT MAW 2025/2026

Forum “Dari Mahasiswa ke Ikon – Permulaan Perjalanan” telah diadakan pada 29 September 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) bersempena Minggu Apresiasi Watan UKM 2025/2026.

Program ini menampilkan ikon alumni iaitu YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay (Timbalan Ketua Polis Negara, FEP 1990 & FTSM 2001), YBrs. Dr. Jezamine Lim (Pengasas Bersama & CEO Cell Biopeutics Resources Sdn. Bhd., FPER 2017), serta Encik Arvend A/L Applasamy (Pegawai Khas Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Aktivis Belia & Pengerusi Global Youth Parliament ASEAN & Malaysia Chapter, FSSK 2017). Forum ini turut dimoderatorkan oleh Tuan Haji Nazri Kahar (Editor Kanan & Penerbit Eksekutif Astro Awani, FPI 1995).

Perkongsian penuh inspirasi daripada para ikon alumni ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada mahasiswa UKM untuk melangkah lebih jauh dalam mencapai kejayaan dan menyumbang kembali kepada universiti serta masyarakat.