SESI TEMU BUAL BERSAMA PROF. DATO’ DR. FARIZA MD SHAM
Pusat Perhubungan Alumni UKM berbesar hati mengadakan sesi temu bual bersama Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, alumni Fakulti Pengajian Islam UKM tahun 1994 dan 1997, sebagai salah satu pengisian bagi Majalah Senadi.
Daripada seorang alumni kepada seorang pemimpin, perjalanan Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham mencerminkan legasi kecemerlangan yang terus berkembang bersama alma mater. Beliau mencatat sejarah sebagai alumni wanita UKM pertama yang memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), satu pencapaian yang menjadi kebanggaan seluruh warga Universiti.
Sesi temu bual ini bukan sekadar merakam perjalanan kerjaya dan pengalaman beliau, malah menjadi ruang untuk menyelami kisah di sebalik pencapaian, nilai kepimpinan serta pengalaman seorang alumni yang terus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan tinggi.
Daripada ilmu yang ditimba kepada kepimpinan yang disumbangkan, perjalanan beliau menjadi bukti bahawa legasi alumni terus hidup dalam setiap sumbangan kepada alma mater dan masyarakat.
