SIRI SYARAHAN ALUMNI UKM

Sesi Perkongsian Kerjaya Dalam Bidang Perbankan: Potensi dan Pengukuhan Aspirasi
Pusat Perhubungan Alumni UKM (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi UKM (FST) telah menganjurkan siri Syarahan Alumni yang menampilkan Encik Hamidi Abdul Razak (FST 2008), Ketua Pegawai Risiko, Bank Mualamat Malaysia Berhad dan Profesor Adjung INCEIF University. Syarahan Alumni telah diadakan di Dewan Persidangan Fakulti Sains dan Teknologi UKM dimana syarahan ini ditindikkan dengan kursus STQA4889 Latihan Industri.
Turut hadir dalam sesi Syarahan Alumni ini ialah YBrs. Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) ALUMNI-UKM, YBrs. Prof Madya Dr Mohd Hariri Arifin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat FST, Dr. Saiful Izzuan Hussain, Ketua Program Sains Aktuari dan Dr. Munira Ismail, Penyelaras Alumni FST dan juga Penyelaras Kursus STQA4889 Latihan Industri.
Antara perkara yang Encik Hamidi Abdul Razak kongsikan ialah pengalaman ketika belajar di UKM, pengalaman bekerja dalam sektor perbankan dan potensi pekerjaan selepas graduasi.