SPECIAL ALUMNI GROUP UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

30.1.2024 (Selasa)
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan program Special Alumni Group UKM (SAG) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Special Alumni Group (SAG) UKM di UMS merupakan SAG yang keenam diwujudkan. Tujuan SAG ditubuhkan adalah untuk merapatkan hubungan dan meluaskan lagi jaringan di antara para alumni dan alma mater.
Delegasi dari Pusat Perhubungan Alumni UKM ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM bersama YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) dan Encik Mohd Kamal Abd Aziz, Ketua Pentadbiran Pusat Perhubungan Alumni UKM.