SUKAN ALUMNI ANTARA KOLEJ 2025

Sukan Alumni Antara Kolej 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesatuan di Kompleks Sukan UKM!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terdiri daripada alumni mewakili kolej masing-masing serta barisan Pemain Pilihan Alumni UKM. Kesungguhan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan benar-benar mencerminkan keutuhan jalinan ukhuwah dalam kalangan alumni.
Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan untuk menyatukan kembali sahabat lama, menghidupkan kenangan indah zaman kampus dan mengukuhkan hubungan dalam komuniti alumni.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan acara ini.