Tahniah Alumni Hebat UKM

Ybhg. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf (Graduate School of Business 2010) telah dilantik sebagai  Ketua Pengarah Mara yang baharu.  Beliau  menggantikan Datuk Ibrahim Ahmad yang akan mula bercuti pada hari sama sebelum bersara wajib.  Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pelantikan
Ybhg. Dato’ Azhar pada majlis penyerahan tugas turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ibrahim atas perkhidmatannya yang disifatkan telah memberi sumbangan signifikan dalam agenda pembangunan sosioekonomi
Bumiputera serta negara amnya.

Ybhg. Dato’ Azhar  dilantik atas pengalaman luas dan perkhidmatan cemerlang sepanjang perkhidmatannya dengan Mara, selain berpengalaman menjadi pengarah di beberapa bahagian Mara.