Tautan Kasih Alumni Sains Pantai Baru

 

DSC_0131

Pada 10 dan 11 February lalu, telah berlangsungnya Majlis Tautan Kasih ke-3 dan Mesyuarat Agung Pertama Alumni Sains Pantai Baru UKM di Hotel Casuarina di Meru, Ipoh. Majlis ini ditaja oleh Datuk Gazali Jalal (FS 77), Ketua Pegawai Kewangan Negeri Perak. Majlis yang berlangsung dengan meriahnya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Hj. Mohammad Amin bin Zakaria, EXCO pelajaran negeri Perak.

Acara ini dihadiri 61 peserta Alumni Sains Pantai Baru (ASUKMPB). Antara tujuan majlis adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah dikalangan para ASUKMPB serta merangka tindakan para alumni untuk memberi balik kepada UKM yang telah banyak berjasa kepada para graduannya. Acara pada malam itu dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dijemput khas dari kebudayaan Negeri Perak.

Pada keesokkan harinya, mesyuarat agung dijalankan untuk membincangkan tentang perancangan dan hala tuju persatuan. Diharapkan majlis ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak positif pada UKM dan para alumni sendiri.

DSC_0111