WARGA ALUMNI PRIHATIN

Pusat Perhubungan Alumni telah menyerahkan sumbangan makanan keperluan harian seperti gula, susu, minyak masak, tin sardin, dan pelbagai jenis minuman kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban penghuni pusat jagaan.