ZIARAH ALUMNI UKM

Pusat Perhubungan Alumni (ALUMNI-UKM) telah menziarahi alumni UKM iaitu Tuan Haji Abdullah @ Mohd Nor bin Endut (FPI 1976, FSKK 1977, FSKK 1983) dalam Program Ziarah Alumni Prihatin. Tuan Haji Abdullah @ Mohd Nor merupakan mantan Pengetua di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan dan kini beliau menetap di Kampung Tunku, Petaling Jaya Selangor. Baru-baru ini, beliau telah disahkan menghidapi Kanser tahap 4 dan beliau kini dalam proses rawatan dan pemulihan. Tuan Haji Abdullah @ Mohd Nor ialah bapa kepada Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd Nor yang merupakan Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) di Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Delegasi dari UKM diketuai oleh YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah ALUMNI-UKM, YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) ALUMNI-UKM, En. Mohd Kamal Abd Aziz (Ketua Pentadbiran) ALUMNI-UKM dan dan bersama kakitangan Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Semoga Tuan Haji Abdullah @ Mohd Nor bin Endut (FPI 1976, FSKK 1977, FSKK 1983) sentiasa diberi kekuatan dan kembali sihat seperti biasa.