ZIARAH ALUMNI

Pusat Perhubungan Alumni UKM hari ini menganjurkan program ziarahi alumni. Misi ini digerakkan bersama alumni UKM sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap rakan-rakan yang terkesan dengan situasi semasa.
 
Serahan pertama diberikan kepada keluarga Puan Alina bin Ali yang merupakan Alumni Fakulti Pengajian Islam (1996) dan Fakulti Pendidikan UKM (1997). Arwah suami beliau, Noor Zamri bin Din merupakan kakitangan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM.
Rumah kedua yang dilawati adalah rumah Ustazah Khairiah yang baru kematian suaminya. Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga Ustazah dan anak-anak tika menghadapi pandemik ini. UKM sentiasa dihati masyarakat.