Bank Data UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

LAMAN UTAMA

BANK DATA UKM

Bank Data UKM merupakan satu unit penyimpanan data yang dikendalikan oleh Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA), dan Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data yang disimpan oleh Bank Data UKM ini adalah untuk kegunaan semua warga UKM.

LATAR BELAKANG BANK DATA UKM

Bank Data UKM ditubuhkan hasil daripada memorandum persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Memorandum persefahaman ini dibuat pada 8 April 2014 yang meliputi bidang kerjasama dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu statistik. Pihak berkuasa yang ditetapkan bertanggungjawab bagi melaksanakan memorandum persefahaman ini bagi pihak Kerajaan Malaysia ialah Jabatan Perangkaan Malaysia dan bagi pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

MATLAMAT BANK DATA UKM

Bank Data UKM diwujudkan untuk memenuhi matlamat dan objektif memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang bagi tujuan perangkaan, objektif memorandum dan sejurusnya tujuan penubuhan Bank Data UKM adalah seperti berikut:

  1. Kerjasama menjalankan analisis data dan penyelidikan.
  2. Kerjasama menganjurkan seminar dan bengkel.
  3. Kerjasama meningkatkan keupayaan modal insan kakitangan dan pelajar.