Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan

Bantuan Prihatin Ramadhan

Pada 30 April 2021, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan telah menganjurkan satu program khas iaitu Bantuan Prihatin Ramadhan. Program ini bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan kepada para penerima bantuan bersempena bulan Ramadhan ini. Penerima bantuan terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal serta pelajar siswazah di Jabatan Biokimia sendiri. Di samping itu juga program ini bertujuan untuk memupuk nilai murni di kalangan ahli jabatan serta melahirkan rasa tanggungjawab dan menjaga silaturrahim antara sesama manusia.

Sebanyak 80 pek makanan asas harian hasil dari sumbangan ahli Jabatan Biokimia telah disampaikan kepada penerima bantuan. Program ini telah berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Biokimia. Sumbangan pek makanan ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Biokimia, Prof. Madya Dr. Goon Jo Aan.

Tahniah kepada Jabatan Biokimia kerana telah berjaya melaksanakan program Bantuan Prihatin Ramadhan ini. Semoga program ini dapat diteruskan dan di perbanyakkan lagi di masa yang akan datang.