Jabatan Biokimia Fakulti Perubatan

Program Ekspedisi Makmal Penyelidikan Secara Virtual

Syabas & tahniah diucapkan kepada Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan atas kejayaan penganjuran Program Ekspedisi Makmal Penyelidikan yang telah berlangsung secara virtual pada 2 Mac 2022.
 
Ucapan terima kasih juga buat semua peserta yang telah turut serta menjayakan program yang dianjurkan ini. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada adik-adik tentang apa yang dilakukan di makmal penyelidikan dan juga kerjaya sebagai seorang saintis.Semoga kita bertemu lagi di program-program yang akan datang!