Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

INOVASI PRODUK & KEUSAHAWANAN II (CMIE 3023)

INOVASI PRODUK & KEUSAHAWANAN II (CMIE 3023)

Taraf Elektif

ObjektifPelajar boleh mewujudkan syarikat perniagaan berdasarkan produk/ perkhidmatan yang dibangunkan.

Semester ditawarkan – Semester 2,Tahun 3

SinopsisObjektif utama kursus ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan asas dalam keusahawanan bagi merekabentuk dan membangun produk ataupun perkhidmatan serta mendapatkan pelanggan bagi produk/perkhidmatan tersebut secara kreatif dan berinovasi sehingga menubuhkan syarikat perniagaan. Kursus ini dijalankan selama dua semester berturut-turut. Kursus ini disampaikan melalui e-pembelajaran dan perbincangan dalam kelas melibatkan proses pembangunan produk, mendalami pasaran produk/ perkhidmatan, perlindungan haryta intelek dan penubuhan syarikat. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil (5-7 orang) untuk menambahbaik protosep (konsep prototaip), menguji produk dalam pasaran, dan menjalankan perniagaan setelah menubuhkan syarikat perniagaan. Pelajar juga perlu membentangkan rancangan perniagaan bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dari pelabur untuk tujuan pendanaan. Kursus ini memberi fokus kepada pembelajaran melalui pengalaman. Di akhir kursus ini, pelajar akan mempunyai pengalaman membina syarikat masing-masing dan mengendalikannya. Selain itu, untuk memenuhi keperluan latihan ilmiah, setiap pelajar perlu menulis laporan mengenai perniagaan atau produk yang dibangunkan.

HPK 

HPK 1 – Pelajar berkebolehan memahami proses pembangunan produk berdasarkan kehendak pelanggan.

HPK 2 – Pelajar berkebolehan menjalankan operasi perniagaan dan menubuhkan syarikat.

HPK 3 – Pelajar berkebolehan memahami jenis-jenis perlindungan harta intelek.

Translate »