Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

SIJIL PROFESIONAL / KURSUS JANGKA PENDEK

Program Pensijilan Profesional Keusahawanan diadakan adalah untuk melatih dan 
melahirkan belia serta usahawan muda yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran 
secara langsung ke IPT dan mereka yang berminat untuk mempelajari bidang keusahawanan. 
Kelas diadakan pada hujung minggu.Melalui program ini, setiap peserta akan diberikan 
latihan intensif melalui modul keusahawanan yang ditawarkan iaitu dalam bidang digital, 
inovasi dan teknologi.
 
Objektif Sijil Profesional Keusahawanan :
📌 Mengenalpasti dan peluang perniagaan dalam pasaran agar perniagaan terus relevan
📌 Membangunkan model perniagaan dengan menggunakan Kanvas Model Perniagaan
📌 Membentuk strategi pemasaran melalui platform digital
📌 Mempelajari cara merekod pengurusan kewangan secara tersusun
📌 Menghasilkan penulisan rancangan perniagaan secara berkesan
 
Pendaftaran boleh dibuat disini: https://bit.ly/3L1FyLt atau imbas kod QR diatas.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
 
👉 Siti Suryani Mat Nasit
📞 03 8921 4891 / 013 9445690
📨 suryani@ukm.edu.my

KURSUS JANGKA PENDEK UKM-CESMED

Translate »