Pertandingan Piala Inovasi

PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 

Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi dianjurkan bagi menyokong Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 khususnya di bawah teras 3 untuk menyokong ekosistem keusahawanan IPT khususnya dalam bidang teknologi dan inovasi. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk nilai dan membina atribut keusahawanan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

 

Pertandingan ini juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar menyampaikan idea dan kreativiti mereka dalam penghasilan produk inovasi dan keusahawanan yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih berdaya saing. Pemilihan pemenang membolehkan idea dan inovasi mereka diaplikasikan sebagai sebuah perniagaan yang mampan serta membolehkan mereka menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah bergraduat.

 

 

OBJEKTIF

 

1.       Menyediakan satu platform untuk kumpulan peserta pelajar Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti merasai suasana menjalankan perniagaan sebenar melalui pengurusan syarikat pemula (START-UP) berasaskan inovasi dan teknologi.

2.       Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea dan kreativiti inovasi keusahawanan melalui Business Model Canvas (BMC) dan Rancangan Perniagaan (RP).

3.       Menggalakkan pelajar menghasilkan produk inovasi dan reka cipta yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk dipromosikan kepada bagi pasaran yang lebih global dan berdaya saing.

4.       Meningkatkan tahap kesedaran kumpulan peserta pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan utama (first choice career) selepas bergraduat.

5.       Meningkatkan kemahiran insaniah pada peserta dan pelajar universiti seperti penampilan diri, kemahiran komunikasi, disiplin dan etika kerja, kreativiti dan inovatif, permuafakatan dalam kerja berkumpulan dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam kerjaya keusahawanan.

 

 

KRITERIA PENILAIAN

 

1.       Mengenalpasti masalah/peluang

2.       Tawaran nilai dan penyelasaian masalah

3.       Analisis pesaing

4.       Strategi pemasaran

5.       Model perniagaan

 

 

JADUAL PERTANDINGAN

 

 

14 Oktober 2022

Tarikh akhir penghantaran boring penyertaan

20 Oktober 2022 –          6 November 2022

Penilaian peringkar saringan – laporan idea inovasi keusahawanan

16 -17 November 2022

Penilaian peringkat seperuh akhir – pembentangan poster, persembahan digital dan prototaip produk

18 November 2022

Pembentangan akhir – business pitching

18 November 2022

Majlis penyampaian hadian