Program Bimbingan Usahawan Siswa UKM

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) menyambut baik usaha dan inisiatif mahasiswa/mahasiswi untuk menjalankan perniagaan secara aktif semasa dalam tempoh pengajian di UKM dan sentiasa menyokong keinginan dan cita-cita mahasiswa/mahasiswi untuk terus bergiat aktif dalam bidang keusahawanan.

Program ‘Bimbingan Usahawan Siswa UKM’ ini adalah berbentuk kumpulan sokongan yang mengumpulkan usahawan siswa mengikut tahap dan tempoh perniagaan pelajar. Malah, melalui program ini usahawan siswa diberikan latihan berstruktur mengikut tahap perniagaan. Pelajar yang layak juga akan diberikan pinjaman perniagaan jika perlu. Program ini telah dirasmikan oleh TNC Hal-ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof. Ir Dato’ Dr Othman A. Karim pada 22 Jun 2021 yang boleh ditonton semula melalui pautan https://youtu.be/G5ZI8fy1a7k.

Perasmian program Bimbingan Usahawan Siswa UKM secara dalam talian

Terdapat tiga (3) kategori bimbingan perniagaan iaitu:

INTAN

Bimbingan kepada usahawan siswa yang baru menjalankan perniagaan droship atau agen produk yang masih tiada produk dalam perniagaan.

PERMATA

Bimbingan kepada usahawan siswa yang menjadi stokis, agen atau usahawan yang menjual semula (reseller) produk luar mahupun produk sendiri dan telah menjalankan perniagaan dari 6 ke 12 bulan.

BERLIAN

Bimbingan ekslusif kepada usahawan pelajar yang mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi lebih dari 18 bulan dan jualan mencecah RM 50 000 ke atas.

 

 


Pelajar yang lajak juga juga berpeluang untuk mendapatkan pinjaman perniagaan sepanjang tempoh pengajian untuk membesarkan perniagaan.

Sehubungan itu, pihak UKM-CESMED berbesar hati menjemput mahasiswa/mahasiswi untuk menyertai Program ‘Bimbingan Usahawan Siswa UKM’ khusus kepada usahawan pelajar yang berkeperluan mendapatkan bimbingan secara terus dari UKM-CESMED. Mahasiswa/mahasiswi boleh melengkapkan butiran perniagaan di pautan yang disediakan sekiranya berminat.

Permohonan Program ‘Bimbingan Usahawan Siswa UKM’ boleh dilayari di melalui pautan bit.ly/daftarbusukm.

Program akan mula dijalankan secara atas talian dan akan bermula pada 2 Ogos 2021 jam 2.00 petang.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berurusan di Pejabat AM CESMED:

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED)

Aras 3, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8921 4880

Fax : 03-8921 4890