Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS

 Centre for Entrepreneurship and Small & Medium Enterprises Development

Program Keusahawanan

Bi$$iswa@Bazar Ramadan UKM

28 Mac – 11 April 2023

Bazar UKM pada tahun sungguh meriah dengan kehadiran ramai pengunjung sama ada warga UKM atau komuniti setempat.  Seramai 22 orang usahawan siswa telah menyertai bazar ramadan ini dengan 26 orang adalah peniaga komuniti dan 3 peniaga food truck. 

UNI PARCEL STATION (UNIPS) Inovasi Mahasiswa UKM dinobat Juara NMEPC22′

14 Mei 2023 

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan UNIPS yang diwakili oleh saudara Muhammad Awliya, Muhammad Haziq Faizi dan Muhammad Aqil Yazin daripada Fakulti Ekonomi & Pengurusan kerana berjaya merangkul Juara Keseluruhan bagi Pertandingan National Micro Enterprise Piching Competition 2022 (NMEPC22′) sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 7,000. Mereka turut memenangi tempat pertama bagi Kategori Perkhidmatan dengan wang tunai RM 3,000 dan Produk Terbaik dengan wang tunai RM 1,000. 

UKM-CESMED@Ekspo Kerjaya & Keusahawanan

23 – 24 Mei 2023

Sebagai rakan kolaborasi bagi Ekspo Kerjaya & Keusahawanan pada tahun ini, UKM-CESMED berpeluang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang ekspo berlangsung seperti Bi$$iswa@CEE iaitu gerai jualan usahawan pelajar UKM, reruai untuk mempamerkan program-program keusahawanan dan forum Usahawan Siswa: Usahawan Madani oleh usahawan alumni, TokkMungg.  

Translate »