Visi, Misi dan Objektif
Visi Kami
Menerajui pendidikan, penyelidikan, dan perkhidmatan farmasi yang inovatif dan dinamik untuk kesejahteraan insan.
Misi Kami
Melahirkan graduan yang holistik dan tersedia masa hadapan melalui pendidikan transformatif beracuan kebangsaan dan penyelidikan berimpak.
Objektif Fakulti
- Melatih lebih ramai pelajar dalam bidang farmasi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan farmasi di malaysia dengan prasarana terbaik yang bertaraf dunia.
- Melahirkan pelajar farmasi yang mengamalkan bidang farmasi mengikut akhlak mulia yang terpuji serta mencerminkan budaya beretika dan profesional.
- Mendedahkan pelajar kepada falsafah pendidikan dan penyelidikan dalam bidang teras serta kemahiran berfikir secara kritis.
- Melahirkan siswazah yang cemerlang dan bertanggungjawab, seterusnya meneroka perbatasan ilmu dalam bidang farmasi.