Unit Integriti & Ombudsman (UIO) UKM telah melancarkan Pelan Tindakan Integriti (PTI) UKM 2021-2025 pada 1 Julai 2021 untuk memperkasakan amalan integriti di UKM. Antara inisiatif yang telah ditetapkan dalam pelan tersebut ialah meningkatkan pengetahuan, kompetensi, jati diri dan penghayatan integriti dalam kalangan kakitangan dan pelajar. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di Fakulti Farmasi untuk menjayakan inisiatif ini.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Fokal Integriti anda:
Professor Dr. Haliza Katas
haliza.katas@ukm.edu.my
03-9289 7971/7244
Pautan untuk Unit Integriti & Ombudsman UKM :
https://www.ukm.my/integriti/