Persatuan Siswazah Fakulti Farmasi


Ahli Persatuan

Barisan Kepimpinan Persatuan Siswazah Fakulti Farmasi

Pencapaian Pelajar Siswazah FFar

Tahniah, 
 
Tahniah, 
 
 
Tahniah Nur Adania Shaibie ! 
 
Tahniah diucapkan kepada 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐚𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐡𝐚𝐢𝐛𝐢𝐞, pelajar PhD Fakulti Farmasi, di bawah seliaan Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, atas kejayaan meraih Tempat Ke-2, Best Oral Presentation di Asia Pacific Delivery Science Conference (APDSC) 2026 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam penyelidikan serta mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah, Ghabilan Muniandy !
 
Fakulti Farmasi UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐩𝐚𝐬𝐜𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚𝐳𝐚𝐡, 𝐆𝐡𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐧𝐢𝐚𝐧𝐝𝐲, 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐌. 𝐃𝐫. 𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐳𝐦𝐢, atas kejayaan menerima IBRO Travel Grant untuk menghadiri 34th Malaysian Society of Neurosciences (MSN) Annual Scientific Meeting.
Tahniah, Saba Yousif Dahri!
 
Fakulti Farmasi UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐩𝐚𝐬𝐜𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚𝐳𝐚𝐡, 𝐆𝐡𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐧𝐢𝐚𝐧𝐝𝐲 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚 𝐘𝐨𝐮𝐬𝐢𝐟 𝐃𝐚𝐡𝐫𝐢, 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐌. 𝐃𝐫. 𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐳𝐦𝐢, atas kejayaan menerima IBRO Travel Grant untuk menghadiri 34th Malaysian Society of Neurosciences (MSN) Annual Scientific Meeting.
Tahniah Mock Phooi Yan ! 
 
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mock Phooi Yan, pelajar Doktor Falsafah (PhD) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Lam Kok Wai atas kejayaan menerima TienTe Lee Biomedical Foundation – YSPAH Excellent Scientific Paper Award 2026 menerusi kertas penyelidikan bertajuk “Exploration of Chromenone-Based Ligands as DNA G-Quadruplex Targets in Triple-Negative Breast Cancer”.

Three Minutes Thesis (3MT) Competition 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Nor Amalina Abdul Rahim atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pencapaian yang membanggakan ini mencerminkan dedikasi, kecemerlangan akademik dan komitmen beliau dalam bidang penyelidikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan serta terus mengharumkan nama universiti.

Syabas dan terus maju jaya, Cik Nor Amalina!

 

Three Minutes Thesis (3MT) Competition 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Farah Aida atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Three Minute Thesis (3MT) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kejayaan ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan beliau, malah mencerminkan keupayaan komunikasi yang cemerlang, keyakinan diri yang tinggi serta komitmen berterusan dalam menyampaikan hasil penyelidikan dengan berkesan.

Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar penyelidikan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan merealisasikan potensi masing-masing.

2nd Best Oral Presentation at MPS National Pharmacists Convention 2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Chong Cheng Jun atas kejayaan meraih tempat kedua dalam kategori Pembentangan Lisan Terbaik (Best Oral Presentation) di MPS National Pharmacists Convention 2024.

Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan beliau dalam penyampaian ilmiah, penguasaan bidang penyelidikan serta komitmen yang tinggi terhadap pembangunan ilmu dan amalan profesional.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan serta memberi inspirasi kepada warga akademik dan penyelidik lain untuk terus berkarya dan berinovasi.

 

Aktiviti Pelajar Siswazah FFar

INTERNATIONAL POSTGRADUATE COLLOQIUM IN HEALTH SCIENCES AND PHARMACY

 

SESI PENGENALAN AKADEMIK & PERTUKARAN MAKLUMAT BERSAMA PELAJAR FAKULTI FARMASI, UNIVERSITI SANTO TOMAS, FILIPINA

PSFFar telah menerima kunjungan pelajar Fakulti Farmasi, Universiti Santo Tomas, Filipina bagi sesi pengenalan akademik dan pertukaran maklumat. Sesi ini membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman serta pengukuhan hubungan akademik antara kedua-dua institusi.

PSFFAR & PG STUDENTS VOLUNTEER ACTIVITY WITH KECHARA SOUP KITCHEN

Kesukarelawanan bukan sekadar memberi, malah merupakan usaha untuk membawa perubahan yang bermakna dalam kehidupan masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

PSFFar berbesar hati dapat menyertai program kesukarelawanan bersama Kechara Soup Kitchen. Melalui program ini, para pelajar terlibat dalam aktiviti mengumpul lebihan makanan dari beberapa lokasi yang mengambil bahagian sebelum makanan tersebut diagihkan kepada pusat-pusat sumbangan untuk dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan.

PSFFar percaya bahawa kerjasama dan semangat kesukarelawanan yang berterusan mampu memberikan impak positif yang signifikan kepada masyarakat serta menyumbang ke arah pembinaan komuniti yang lebih prihatin, inklusif dan mampan.