Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Visi, Misi, Tagline

Visi Kami

Fakulti Farmasi UKM sebagai peneraju pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan farmasi yang inovatif dan dinamik untuk kesejahteraan masyarakat sejagat.

Misi Kami

Fakulti Farmasi UKM bertekad untuk membimbing mahasiswa melalui pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan farmasi yang inovatif, progresif dan termaju bagi melahirkan graduan yang kompeten, beretika dan berupaya mengintegrasi ilmu, kemahiran dan tanggungjawab sosial.

Tagline Kami

Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan

Objektif Fakulti

  1. Melatih lebih ramai pelajar dalam bidang farmasi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan farmasi di malaysia dengan prasarana terbaik yang bertaraf dunia.
  2. Melahirkan pelajar farmasi yang mengamalkan bidang farmasi mengikut akhlak mulia yang terpuji serta mencerminkan budaya beretika dan profesional.
  3. Mendedahkan pelajar kepada falsafah pendidikan dan penyelidikan dalam bidang teras serta kemahiran berfikir secara kritis.
  4. Melahirkan siswazah yang cemerlang dan bertanggungjawab, seterusnya meneroka perbatasan ilmu dalam bidang farmasi.