SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DAN INOVASI

1. Ringkasan Program

Keusahawanan memainkan peranan yang penting dalam ekonomi global dengan mencipta peluang dan inovasi. Program Sarjana muda Keusahawanan dan Inovasi ini akan menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan baharu, menguruskan perniagaan keluarga atau membangunkan inovasi dalam organisasi sedia ada. Menerusi program ini, pelajar akan mempelajari bagaimana untuk mencari dan mendapatkan peluang, menjana sumber, membangunkan pelan perniagaan, membangunkan produk atau perkhidmatan yang berpotensi, menyampaikan idea perniagaan dengan berkesan dan menguruskan usahaniaga.

2. Kehidupan di Fakulti

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan antara fakulti yang terawal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lokasi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan adalah strategik; berada di pusat aktiviti yang berhampiran dengan kolej-kolej kediaman pelajar, Perpustakaan Tun Sri Lanang, dan Pusanika yang menyediakan banyak kemudahan seperti pos, kedai buku, pejabat aktiviti pelajar, bank, kafe dan lain-lain. Terdapat berbagai peluang program mobiliti kepada pelajar seperti program bersama rakan universiti di luar negara seperti Solbridge University (Korea), Gothernburg University (Sweden), Osaka University of Economics and Law (Jepun), Universitas Indonesia (Indonesia) dan lain- lain lagi. Di samping kegiatan akademik, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dengan menyertai kelab dan persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), Kelab Keusahawanan dan lain-lain. Pensyarah kursus turut mengadakan lawatan sambil belajar dan kajian lapangan di dalam mahupun luar negara untuk memenuhi keperluan kursus.

3. Maklumat Program / Program information

Fakulti : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus : Bangi, Selangor
Ijazah : Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi
Tempoh pengajian: 3 tahun
Hubungi : prasiswazahfep@ukm.edu.my
+603-89215747/4478

4. Kelebihan Program

i) Pensyarah berpengalaman dan pakar dalam bidang
ii) Menggunakan pendekatan pengajaran dan kurikulum terkini untuk kekal relevan dengan perubahan persekitaran perniagaan
iii) Penglibatan industri dalam kurikulum untuk perkongsian ilmu terkini
iv) Peluang untuk terlibat dalam program mobiliti, lawatan industri dan kajian lapangan untuk meningkatkan pembelajaran, membina jaringan, dan pembangunan karier
v) Kemudahan fasiliti untuk memaksimakan pembelajaran
vi) Pengalaman pembelajaran kolaboratif bersama usahawan PKS untuk pendedahan pengalaman keusahawanan sebenar.