SARJANA MUDA EKONOMI

1. Ringkasan Program

Program Sarjana Muda Ekonomi (BE) yang ditawarkan di FEP, UKM merupakan salah satu program ekonomi yang terawal di Malaysia yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ekonomi dalam negara. Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran terkini dalam bidang ekonomi yang membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu ekonomi dalam perancangan organisasi, pembangunan polisi, penyelidikan dan pembuatan keputusan yang terlibat dalam organisasi. Antara bidang-bidang tumpuan yang ditawarkan adalah ekonomi industri dan antarabangsa, ekonomi monetari dan fiskal, ekonometrik, ekonomi pembangunan dan ekonomi Islam. Kurikulum yang disediakan bertujuan untuk melahirkan graduan yang peka dengan isu ekonomi semasa dan berupaya untuk menyumbangkan idea dalam perancangan yang berteraskan prinsip dan teori ekonomi.

2. Kehidupan di Fakulti

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan antara fakulti yang terawal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lokasi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan adalah strategik; berada di pusat aktiviti yang berhampiran dengan kolej-kolej kediaman pelajar, Perpustakaan Tun Sri Lanang, dan Pusanika yang menyediakan banyak kemudahan seperti pos, kedai buku, pejabat aktiviti pelajar, bank, kafe dan lain-lain. Terdapat berbagai peluang program mobiliti kepada pelajar seperti program bersama rakan universiti di luar negara seperti Solbridge University (Korea), Gothernburg University (Sweden), Osaka University of Economics and Law (Jepun), Universitas Indonesia (Indonesia) dan lain- lain lagi. Di samping kegiatan akademik, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dengan menyertai kelab dan persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), Kelab Keusahawanan dan lain-lain. Pensyarah kursus turut mengadakan lawatan sambil belajar dan kajian lapangan di dalam mahupun luar negara untuk memenuhi keperluan kursus.

3. Maklumat Program

Fakulti : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Kampus : Bangi
Ijazah : Sarjana Muda Ekonomi (dengan Kepujian)
Tempoh Program : 3 tahun
Hubungi : prasiswazahfep@ukm.edu.my
+603-89215747 / 4478

4. Kelebihan Program

i) Pensyarah berpengalaman dan pakar dalam bidang
ii) Menggunakan pendekatan pengajaran dan kurikulum terkini untuk kekal relevan dengan perubahan persekitaran ekonomi
iii) Penglibatan pakar ekonomi dan industri dalam kurikulum untuk perkongsian ilmu terkini
iv) Peluang untuk terlibat dalam program mobiliti, lawatan industri dan kajian lapangan untuk meningkatkan pembelajaran, membina jaringan, dan pembangunan karier
v) Kemudahan fasiliti untuk memaksimakan pembelajaran