Persatuan Siswazah Fakulti Pendidikan telah
bergiat aktif dalam menganjurkan pelbagai
aktiviti dan bengkel untuk pelajar siswazah
dengan memberi pendedahan kepada
pelbagai aspek penting dalam penyelidikan
serta kaedah penulisan tesis dan kertas
projek. Program-program dan bengkel-bengkel yang dijalankan ini diharap dapat
terus memberi manfaat berterusan kepada
semua pelajar siswazah.
VISI
- Menjadi sebuah organisasi terunggul dalam membentuk siswazah daripada aspek jasmani, kerohanian dan intelektual melalui pembudayaan ilmu pendidikan
MISI
- Menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan universiti dalam melahirkan modal insan yang mampu berperanan dalam setiap situasi
- Memperkasa FPEND ke arah pengurusan siswazah yang lebih efisien dan professional
- Menjadi medium pengantara kepada para siswazah dan responsif terhadap sebarang isu semasa
MATLAMAT
- Menjalin dan merapatkan hubungan baik dengan siswazah FPEND serta menjalinkan kerjasama yang berterusan bersama organisasi lain untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.
- Menyebar dan meluaskan penghayatan ilmu melalui kepelbagaian program aktiviti ilmiah bagi memenuhi keperluan ke arah memartabatkan institusi pendidikan.
- Menjadi sebuah organisasi yang seiring dalam meningkatkan kejayaan FPEND khususnya.