Fakulti Pendidikan | Faculty of Education “Peneraju Inovasi Pendidikan”
Menu
Fakulti Pendidikan | Faculty of Education “Peneraju Inovasi Pendidikan”
Program Doktor Pendidikan Tinggi ini adalah satu program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menambahbaikan IPT di Malaysia supaya lebih kompetitif dan bertaraf antarabangsa. Program ini sesuai untuk ahli akademik dan pengurusan akademik yang mempunyai pengalaman bekerja di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia seperti di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti/Institut Latihan Kemahiran Awam atau industri yang berkaitan. Ia juga sesuai untuk pendidik yang mempunyai aspirasi untuk menerajui dan berkhidmat dalam bidang Pendidikan Tinggi.
Program ini dijalankan dalam bentuk mod campuran iaitu kerja kursus dan disertasi. Jumlah jam kredit yang ditawarkan adalah 80 kredit. Calon yang mengikuti program ini perlu melengkapkan 40 kredit kerja kursus dan 40 kredit bagi disertasi.
Syarat Kemasukan
Program Doktor Pendidikan Tinggi
Kursus-kursus dan penyelidikan yang perlu diikuti dikategorikan mengikut enam (6) blok seperti berikut:
Objektif program adalah untuk menghasilkan:
Hasilan program Doktor Pendidikan Tinggi ialah seperti berikut:
HP1: Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi.
HP2: Berkomunikasi dan memberikan pandangan yang komprehensif, kritikal terhadap tinjauan literatur dan sintesis terhadap eksperimen, kerja-kerja kreatif serta menyumbang idea baru berkaitan teori dan amalan profesional secara sistematik dalam bidang pendidikan tinggi.
HP3: Menghasilkan penulisan ilmiah yang dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi.
HP4: Menghasilkan konsep, reka bentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi.
HP5: Melakukan sintesis dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan isu-isu berkaitan bidang pendidikan tinggi melalui penyelidikan.
HP6: Mempamerkan disiplin, nilai-nilai murni universal dan etika dalam proses menyempurnakan pengajian doktor pendidikan tinggi.
Program DPT adalah program yang memberi penekanan kepada program pendidikan tinggi atau praktis dengan mengaitkan teori kepada praktis profesional. Oleh yang demikian hasil kajian dalam Blok 5 (Kajian Tindakan) dan 6 (Disertasi) DPT seharusnya berpotensi memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi. Kajian boleh memberi tumpuan kepada masalah pendidikan tinggi semasa, praktis atau polisi semasa atau reformasi pendidikan tinggi yang sedang dilaksanakan dengan menghasilkan konsep, reka bentuk dan pelaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. Penulisan ilmiah yang dihasilkan dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi.
Pelajar Ed.D dibenarkan untuk memilih satu dari dua bentuk penulisan disertasi iaitu:
i) Tesis / Disertasi Standard
•Disertasi mengikut struktur dan format lazim dan perlu memenuhi keperluan penerbitan
• Penulisan di antara 50 000 – 60 000 patah perkataan
ATAU
ii) Kompilasi makalah jurnal tidak kurang daripada empat (4), dimana dua (2) darinya telah diterbit atau telah diterima untuk penerbitan dalam jurnal Q2/3/4. Kandungan tesis/disertasi kompilasi perlu merangkumi perkara berikut:
1. Pernyataan bahawa tesis/disertasi ditulis mengikut format kompilasi.
2. Senarai penerbitan yang dimasukkan sebagai bab dalam tesis/disertasi.
3. Keseluruhan tesis/disertasi perlu disediakan mengikut format penulisan tesis/disertasi Gaya UKM.
4. Bab Pengenalan – Bab ini memberi pengenalan kepada isu yang dikaji dan perkaitan di antara makalah yang telah diterbitkan bagi memastikan tesis/disertasi dipersembahkan dalam bentuk yang bersepadu.
5. Bab Bahan Penerbitan – Setiap makalah yang telah diterbitkan perlu dipersembahkan sebagai bab berasingan di dalam tesis/disertasi. Abstrak makalah dan maklumat jurnal penerbitan perlu disertakan bagi tesis/disertasi yang ditulis dalam bahasa yang selain dari bahasa penulisan tesis/disertasi.
6. Bab Kesimpulan – Bab ini mensintesis dapatan kajian dan memberi kesimpulan menyeluruh tentang penyelidikan yang telah dijalankan.
7. Rujukan – Senarai rujukan merangkumi rujukan bagi bab Pengenalan dan bab Kesimpulan.
Syarat Penulisan:
• Syarat penulisan bagi disertasi standard ialah:
– 2 Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan)
ATAU
1 Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan) DAN pilih salah satu daripada penerbitan berikut;
1 artikel dalam kategori berikut:
Jurnal Penerbit UKM atau Fakulti/Institut ATAU
Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam Thompson Reuters WoS atau Penerbit UKM atau MAPIM
– Telah diterima untuk penerbitan
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia
• Syarat penulisan bagi disertasi secara kompilasi:
– Bilangan makalah untuk pelajar Kedoktoran tidak kurang daripada empat (4), di mana dua (2) darinya telah diterbit atau telah diterima untuk penerbitan dalam jurnal Q2/3/4.
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia
Penyelaras Program Doktor Pendidikan Tinggi
penyelarasedd@ukm.edu.my
Hubungi kami terus dengan mengisi pertanyaan anda di bawah.
Copyright © 2022 | FPEND, UKM