

PENGENALAN
Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian seperti 'Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran', 'Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan' , 'Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti', 'Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan' dan 'Pusat Kajian Pembudayaan STEM.
Dengan kepakaran 10 orang professor, 15 professor madya, dan 61 pensyarah, Fakulti Pendidikan telah melahirkan ramai graduan dan pendidik dalam pelbagai sektor awam termasuk swasta. Kini seramai 2003 orang pelajar mendaftar disini untuk terus Cemerlang Bersama.
Together We Excel...
Jom Belajar disini !

VISI
Fakulti Pendidikan Peneraju Inovasi Pendidikan untuk Masyarakat Berilmu & Dinamik ke Arah Kesejahteraan Sejagat.
MISI
Menjadi Fakulti Pendidikan terpilih yang inovatif, terkehadapan dan beriltizam menyediakan modal insan berkualiti untuk keperluan institusi pendidikan, industri dan masyarakat mengikut acuan kebangsaan yang memartabatkan Bahasa Melayu dan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan sejagat.

MATLAMAT
Menjadi pusat ilmu pendidikan dan pengembangan modal insan yang berupaya:
- Melahirkan modal insan yang berkeupayaan tinggi dan menjadi pemimpin pendidikan dalam institusi pendidikan, industri dan masyarakat.
- Mencipta, mengembang dan mengaplikasi ilmu pendidikan melalui penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan produk pendidikan.
- Meneraju inovasi dalam ilmu pendidikan berkaitan kurikulum, pedagogi, pengurusan dan penilaian.
- Menjadi pemimpin ilmu pendidikan yang terkehadapan dalam pelbagai disiplin merentasi pelbagai institusi pendidikan, industri dan masyarakat.
- Menjadi pakar runding dan pusat rujukan ilmu pendidikan tersohor di dalam dan luar negara.
PENGURUSAN
DEKAN
TIMBALAN DEKAN
PENOLONG DEKAN

Keusahawanan & Kreativiti: Dr. Sheerad Sahid
Jaminan Kualiti & Strategi: Dr. Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Pelajar & Alumni: Kosong
Pengajaran & Citra: Dr. Nor Hafizah Adnan

PENGERUSI PUSAT
Inovasi Pembelajaran & Pengajaran: Dr. Maslawati Mohamad


Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan: Dr. Bity Salwana Alias
Kepelbagaian Pendidikan: Dr. Harun Baharudin


Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti: Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin
Pembudayaan STEM: Prof Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul

KETUA PROGRAM

Siswazah-Pusat Kajian Pembudayaan STEM: Ts. Dr. Mohd Khalid Mohamad Nasir

Siswazah-Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran: Dr. Aidah Abd Karim

Siswazah-Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan: Dr. Ahmad Zamri Mansor

Siswazah-Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti: Dr. Khairul Farhah Khairuddin

Siswazah-Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan: Prof. Madya Dr. Ku Suhaila Ku Johari

Prasiswazah-Pendidikan Khas: Dr. Mohd Mokhtar Hj Tahar
Prasiswazah-Sukan & Rekreasi: Dr. Denise Koh Choon Lian

Prasiswazah-TESL: Dr. Nur Ehsan Mohd Said

PENYELARAS
Program Doktor Pendidikan-EDD: Dr. Ahmad Zamri Mansor


Makmal Pengajaran Autisme: Dr. Aliza Alias
Tunas UKM: Dr Kamariah Abu Bakar

Media: Ts. Dr. Mohd Khalid Mohamad Nasir


Strategi: Dr. Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
Jaringan Industri & Komuniti: Dr. Aida Hanim A. Hamid


Siswa: Dr. Muhammad Syawal Amran
Program Eksekutif PKP: Dr. Bity Salwana Alias


Citra: Dr. Siti Nur Diyana Mahmud

Alumni: Dr. Muhammad Sofwan Mahmud
PUSAT KAJIAN
PERLAKSANA
KETUA PENTADBIRAN

KETUA: Dr. Rosafizah Mohamed Idrus

EKSEKUTIF: Pn. Nurul Nadiah Atiqah Mohd Khair