
PENGENALAN
PUSAT PENGURUSAN BUKIT FRASER (PPBF)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mewujudkan satu pusat penyelidikan di Bukit Fraser yang lebih dikenali sebagai PUSAT PENYELIDIKAN BUKIT FRASER UKM (PPBF) pada tahun 1990, berikutan penyerahan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1989 seluas 45 hektar dan mula menerokai penyelidikan di Bukit Fraser yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Hutan tersebut merangkumi pinggiran riparian, lurah, sungai dan permatang.
Pusat ini Terletak di kedudukan latitud 3°40.6′ U, longitud 101°42.99′ T pada aras ketinggian 1002 m dari paras laut yang merangkumi pelbagai flora dan fauna tanah tinggi yang unik dan menarik. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser ini adalah berhampiran dengan kawasan air terjun Jeriau. Ia dibina di atas pematang pada altitude 950 m berdekatan dengan hutan pergunungan rendah yang merangkumi bukit-bukau setinggi 1200 m. kawasan ini menerima curahan hujan bulanan di antara 20 hingga 410 mm, suhu udara 18 hingga 22°C dan kelembapan udara 85 hingga 95 %.
PPBF menjalankan pelbagai aktiviti dalam menjayakan objektif penubuhannya seperti pengajaran, penyelidikan dan juga ekopelancongan. Aktiviti pengajaran pelajar prasiswazah dan pascasiswazah di PPBF adalah meliputi bidang bio-kejuruteraan, hidrologi, botani, ekologi, tanih, flora dan fauna. Persekitaran dan kepelbagaian flora, fauna, biomemetik, teknologi nano dan persekitaran sosial di Bukit Fraser menyediakan tapak untuk bidang-bidang kajian ini.


