Pada 21 Jun 1991, satu upacara perletakan Batu Asas Balai Cerap Bintang dan Pusat Kajian Habitat Pergunungan UKM di Bukit Fraser telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Sri Hj.Mohd Khalil b. Yaakob, Menteri Besar Pahang pada masa itu. Idea penubuhan Balai Cerap Bintang ini timbul daripada kesedaran bahawa Malaysia masih ketinggalan dalam pendedahan dan tumpuan dalam bidang Astronomi dan Falak. Manakala Pusat Kajian Habitat merupakan yang terulung ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bagi memudahkan para pengkaji dan pelajar menjalankan ekologi tanah tinggi. Usaha-usaha untuk menubuhkan Balai Cerap Bintang dan Pusat Kajian Habitat Pergunungan merupakan perancangan bersama di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. Walaubagaimanapun pembinaan Balai Cerap Bintang tidak dapat dibina sebaliknya ia digantikan dengan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser.
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser pada tahun 1997
Pada peringkat awal penubuhan sehingga tahun 2007, pengurusan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser diketuai oleh Prof. Dr. Noraini Mohd. Tamin dan selepas itu PPBF telah diambil alih oleh Ketua Penyelaras yang baru bagi tempoh 2007 sehingga 2013, Prof. Dr. Jumaat Haji Adam.
Pada 1 Januari 2014, Dr Tukimat Lihan telah dilantik untuk menjadi Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser yang baru. Seterusnya lantikan Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser pada 1 Januari 2017 disandang Dr Norela Sulaiman. Kini pengurusan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser digalas oleh Dr. Shamsul Khamis.
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
🌐 https://www.ukm.my/fraser/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM