KURSUS PENGECAMAN POKOK SECARA INTENSIF DI BUKIT FRASER

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), dengan kerjasama strategik Jabatan Landskap Negara (JLN), akan menganjurkan Kursus Pengecaman Pokok Secara Intensif: Pendekatan Praktikal Teknik Pengenalan Pokok bermula 21 Julai hingga 23 Julai 2025 bertempat di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM.

Kursus ini memberi fokus kepada penguasaan kaedah pengecaman spesies pokok melalui pendekatan lapangan yang sistematik dan praktikal. Ia juga menjadi platform perkongsian kepakaran antara ahli botani, pegawai teknikal dan pengamal landskap dalam usaha memperkukuh keupayaan profesional berkaitan pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti hutan tanah tinggi negara.

Program ini turut memperkukuh peranan Bukit Fraser sebagai salah satu Makmal Alami ALAF-UKM yang penting dalam pendidikan ekologi dan penyelidikan biodiversiti tanah tinggi.

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐 https://www.ukm.my/fraser/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM