PPBF TERUS MEMPERKUKUH PERANAN SEBAGAI ASET PENYELIDIKAN DAN PEMULIHARAAN UKM DI TANAH TINGGI

𝐏𝐏𝐁𝐅 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐀𝐒𝐄𝐓 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π π”πŠπŒ πƒπˆ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π“πˆππ†π†πˆ
Β 
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM terus diketengahkan sebagai antara aset strategik UKM dalam memperkukuh penyelidikan berasaskan ekosistem tanah tinggi. Perkara ini turut menjadi tumpuan dalam kunjungan Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ismanizan Ismail, ke PPBF pada 24 September 2026 yang lalu.
Β 
Ditubuhkan pada tahun 1990, PPBF mempunyai peranan penting dalam menyokong penyelidikan berkaitan ekosistem tanah tinggi, dengan bidang penyelidikan yang merangkumi hidrologi, geologi, bencana alam, biologi, ekologi, sains tanah, kejuruteraan biologi, teknologi nano dan persekitaran sosial. Kedudukannya sebagai pusat penyelidikan tanah tinggi dalam kalangan universiti awam turut menyediakan ruang penyelidikan lapangan yang unik dalam memahami biodiversiti dan perubahan persekitaran tanah tinggi.
Β 
PPBF turut mempunyai nilai tersendiri dalam aspek pemuliharaan biodiversiti melalui kawasan penyelidikan dan pemuliharaan secara ex situ bagi pokok oak daripada famili Fagaceae di Semenanjung Malaysia. Keunikan ini memperkukuh kedudukan PPBF sebagai salah satu aset penting UKM dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti serta pengembangan ilmu berkaitan ekosistem hutan tanah tinggi.
Β 
Kunjungan tersebut turut membuka ruang perbincangan bersama En. Nor Hasrul Nizam, Pengurus Kanan, Bahagian Pengurusan Hartanah dan Hospitaliti, Tourism Pahang, bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, ekopelancongan, kelestarian dan pembangunan potensi Bukit Fraser. Turut hadir Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, dan Pengarah SERI UKM, Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin, bersama warga penyelidik serta pengurusan pusat.
Β 

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐 https://www.ukm.my/fraser/

Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
Emel:Β pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM