Kunjungan Hormat Bahagian Integriti, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke Unit Integriti & Ombudsman UKM

Unit Integriti & Ombudsman (UIO) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Integriti, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang diketuai oleh En. Mohd Nizam Din, Ketua Bahagian Integriti, JKR Malaysia.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mendapatkan input mengenai Program Sekolah Pencegahan Rasuah yang ditawarkan di UKM dan modul-modul yang terlibat dan tawaran latihan atau pensijilan kepada Pegawai Integriti di Agensi lain.

UIO diwakili oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), telah membentangkan tentang Sijil Profesional Kepimpinan & Integriti yang ditawarkan di FEP UKM.

Turut terlibat ialah Dr. Noordeyana Tambi, Penyelaras Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) yang telah membentangkan mengenai Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah). Program ini merupakan program bersama antara UKM-SPRM dan ditawarkan di FSSK UKM.

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat memberi input yang diperlukan oleh Bahagian Integriti JKR dan menjadi pencetus kepada kerjasama antara UKM dan JKR Malaysia di masa hadapan.

Similar Posts