Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) UKM Bil. 2/2023

Unit Integriti & Ombudsman telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) UKM bilangan 2 bagi tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM pada 22 Mei 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Canselor, Aras 6, Bangunan Canselori.

Mesyuarat JAR UKM bersidang sebanyak tiga kali setahun bagi membincangkan hal-hal berkaitan pemantapan governans, isu-isu integriti serta isu anti rasuah dalam pengurusan pentadbiran di UKM.

Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli JAR UKM yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi UKM dan pengarah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai JAR UKM boleh dilayari di pautan https://www.ukm.my/integriti/maklumat-umum/jarukm/.

Similar Posts