Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM), Beranang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pihak Khazanah-UKM mempelawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-

  1. Pekerja Sambilan Harian
    Nama Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
    Lokasi: Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM), Beranang

    Tarikh tutup permohonan: 29 Mac 2019 (Jumaat)

     

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  3. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

  • Klik pautan “BORANG PERMOHONAN JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.
    (Pastikan anda memohon menggunakan borang dari pautan di bawah sahaja)
  • Dilampirkan di bawah dokumen iklan dan Borang Permohonan Jawatan untuk rujukan dan maklumat lanjut.

Borang Jawatan Kosong PSH PULAKEM & TT

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

1) Puan Nur Sakinah Abd Ghafar
     Pegawai Pemasaran

     03-8921 3092

2) Cik Husna Shakira Mohamad Nor
    Penolong Pengurus Asrama
    No. Telefon: 03-89214841

Sekian, terima kasih.