MULTIDISCIPLINARY REGIONAL SCIENCE AND TECHNOLOGY 2025

[MRCST 2025 Kembali! Menyatukan Inovasi dan Kepimpinan Digital Global]

Pada 21 Jun 2025, 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST) telah berlangsung dengan penuh inspirasi di Akademia Siber Teknopolis, UKM. Edisi kali ini lebih istimewa apabila digandingkan bersama iFuture@UKM, membuka ruang kepada generasi muda untuk meneroka kuasa inovasi global dan kepimpinan digital.

Bertemakan “Science and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future,” program ini menghimpunkan penyelidik, pemimpin industri serta mahasiswa dalam perkongsian ilmu, idea dan solusi teknologi masa hadapan. Antara yang paling dinanti ialah sesi bersama Encik Syaful Izwan bin Mohamed, tokoh utama AI dan inovasi digital PETRONAS.

Forum iFuture@UKM pula menjadi platform penting membincangkan peranan pelajar universiti sebagai pemimpin perubahan dan inovator digital pada era mendatang, mengangkat suara anak muda dalam membentuk masa depan.

Konferens ini bukan sekadar wacana ilmiah, malah medan kolaborasi strategik dan pendedahan kepada dunia teknologi global. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara berimpak tinggi ini!

Dalam konferens kali ini, Kolej Burhanuddin Helmi telah mengharumkan nama kolej dengan meraih Gold Award di 2nd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology (MRCST).

Projek inovatif bertajuk “Grasshopper Protein Snack with Local Flavours” mencuri perhatian dengan gabungan sains, kelestarian, dan keunikan rasa tempatan — selari dengan tema MRCST 2025, “Science and Technology as Innovative Powerhouse Towards Future”.

Tahniah kepada pasukan KBH atas pencapaian membanggakan ini! Semoga terus menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus mencipta perubahan.

“Daya, Dedikasi, Dinamik” 🐊