Kolej Burhanuddin Helmi

 Daya Dedikasi Dinamik

ALUAN PENGETUA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُ

Salam Sejahtera dan Salam Jiwa Burhan,

Selamat datang ke laman rasmi Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), salah sebuah kolej kediaman akademia yang aktif dan progresif di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej ini bukan hanya sebuah tempat berteduh atau bermalam bagi para pelajar, tetapi merupakan rumah kedua yang menyokong pembangunan sahsiah, intelek, dan kepimpinan dalam kalangan warganya. Di sinilah tempat para pelajar belajar mengenal potensi diri, membina semangat berpasukan, serta mengukuh nilai-nilai murni yang akan membentuk mereka menjadi insan yang seimbang dan berprinsip.

Berlandaskan moto Daya, Dedikasi dan Dinamik, kami komited untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki ketahanan mental, jiwa kepimpinan dan kemahiran insaniah yang tinggi. Selaras dengan aspirasi UKM sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia, kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, amanah dan proaktif dalam setiap aspek pengurusan kolej. Visi kami adalah untuk menjadi kolej kediaman terulung dalam membentuk pelajar yang beriman, berilmu, bermutu, berwawasan serta mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sebagai kolej kediaman, kami sentiasa memastikan persekitaran yang selesa dan kondusif bagi pelajar melalui pengurusan kebajikan dan keselamatan yang cekap. Kemudahan serta perkhidmatan kami sentiasa ditambah baik secara berterusan agar memenuhi keperluan semasa pelajar. Kami juga menggalakkan penglibatan aktif dalam pelbagai program pembangunan kendiri, kepimpinan dan kesukarelawanan yang dapat memperkukuh jatidiri serta membina kemahiran insaniah yang sangat diperlukan dalam dunia hari ini. Selain itu, kami turut membudayakan semangat khidmat masyarakat dan penyelidikan agar pelajar KBH bukan sahaja cemerlang secara individu, tetapi turut memberi impak positif kepada komuniti sekeliling.

Akhir kata, saya doakan semua warga KBH sentiasa diberi kekuatan dan semangat untuk terus melangkah jauh dengan jati diri yang utuh. Teruskan berusaha, mencuba dan menyumbang. Jadilah kebanggaan diri, keluarga dan universiti. Selamat maju jaya, dan teruskan menyemarakkan Jiwa Burhan dalam setiap langkah perjalanan anda.

Peranan KBH

Penyediaan tempat tinggal

Menawarkan tempat tinggal yang selamat dan selesa bagi pelajar dari luar kawasan atau luar negara.

Akses kepada perkhidmatan

Mempunyai akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan termasuk dobi layan diri, kafeteria, dan kemudahan lain yang diperlukan.

Mewujudkan komuniti

Menjadi ruang pelajar berkumpul, membina hubungan, berkongsi idea, dan saling menyokong.

Pembangunan sahsiah

Menganjurkan aktiviti kokurikulum dan pembangunan diri demi meningkatkan kemahiran pelajar untuk masa depan.

Kapasiti Pelajar & Keluasan Kolej

Kapasiti Pelajar
0
Kaki Persegi (sqft)
0

MEMORI KOLEJ BURHANUDDIN HELMI

Translate »