PESTA DONGZHI

Pada 13 Januari 2025, Kelab Mandarin Kolej Burhanuddin Helmi telah berjaya menganjurkan Pesta Dongzhi 8.0 & Sambutan Tahun Baru Cina bertempat di Dewan Seminar KBH.

Program ini berlangsung meriah dengan penuh warna-warni tradisi, kegembiraan dan semangat perpaduan, sekaligus memupuk kefahaman serta penghargaan terhadap budaya masyarakat Cina dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyemarakkan majlis dengan kehangatan budaya dan kerjasama padu.

Gong Xi Fa Cai! 🧧
“Daya, Dedikasi, Dinamik”